Friday, November 18, 2011

Minyak Herba Morhabshi

Siapa Pengasas Minyak Herba Morhabshi?


Beliau adalah Ustaz Dr. (H) Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, Pensyarah di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang, Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.

Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan Alternatif Homeopathy mengandungi ramuan-ramuan berasaskan homeopathy berdasarkan praktis beliau sebagai Doktor Homeopathy dan pengalaman bersama DR. Azizan (pengasas Era Edar) dan salah satu daripadanya ialah kitab "Al-Tabib Walhikmah". Sebuah lagi kitab (bertulisan Jawi) tidak ada dalam simpanan kami, justeru kami tidak akan mengulasnya.

Kitab "Al-Tabib Walhikmah" mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan. Kami tidak ada sebarang masalah untuk berkongsi kitab tersebut dengan anda.

Siapa kami?

Kami adalah pewaris generasi pertama dan kedua kepada Almarhum dan ditauliahkan untuk meneruskan pengeluaran Minyak Morhabshi. Malah kami telah memulakan pengeluaran dan pengedaran sejak 20 tahun yang lalu di bawah pengawasan almarhum yang merupakan nenda kami. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2005.


PESAN-LAH SEKARANG!


Gunakan handphone anda dan pesan melalui SMS MUDAH:


taip MYR diikuti NAMA, ALAMAT & JUMLAH yang dikehendaki

Contoh: MYR Salim Bachok, No171 Felda Jengka 8 26400 Jengka Phg (4 botol)

(sila hantar sms anda kepada 011-1820 1616 utk pesanan)


Harga seunit minyak Morhabshi cuma RM35 (WM).

Kuantiti: 115ML

Sila tambah RM5 (WM) / RM10 (EM) <500g untuk urusan Poslaju .Terima kasih.

Bagi memastikan kualiti dan kekemasan produk secara berterusan, Minyak Morhabshi kini dibungkus dan dikeluarkan di kilang bertaraf GMP dalam pek baru 115ml.

Sebagai mematuhi peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia serta perjanjian pengeluaran dengan pihak kilang yang melakukan pembungkusan maka botol lama tanpa hologram KKM itu terpaksa ditamatkan.

NAMUN sudah tentu kami tidak ingin melupuskannya begitu sahaja.

Justeru untuk ANDA yang pernah merasai sendiri khasiat Minyak Morhabshi sebelum ini, atau pernah mendengar pengalaman orang yang pernah menggunakannya, kami menawarkan secara PERCUMA Minyak Morhabshi dalam botol lama ini.

Bukan sebotol, malah EMPAT botol!!!

Dapatkan segera sementara stok masih ada. Anda cuma perlu membuat pembelian DUA unit Minyak Morhabshi pek baru 115ml pada harga RM35 seunit.

Berapakah yang anda perlu bayar?

ANDA cuma perlu bayar RM80 sahaja termasuk urusan penghantaran menggunakan Poslaju!

Ya! DUA botol Minyak Morhabshi 115ml dan EMPAT botol Minyak Morhabshi botol lama pada harga RM80 sahaja.


PERHATIAN:

Semua pelanggan lama akan dimaklumkan info ini melalui SMS. Stok TERHAD!

PEJABAT URUSAN MORHABSHI, 16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA.

Email : admin@morhabshi.biz & morhabshi1957@gmail.com

Web jualan: www.store.morhabshi.biz

Web wakil/agen : www.morhabshi.biz

Blog: http://morhabshi.blogspot.com

Facebook: http://www.facebook.com/Morhabshi1957


MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

MORHABSHI adalah jenama berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebarang peniruan, pemalsuan, atau penggunaan tanpa izin akan DIDAKWA!!

Monday, October 24, 2011

EDISI: Lepas Geram....

hmmm...
macam mana nak mula...
rasa geram sangat dalam hati ni dengan pihak-pihak tertentu...
tak fikir perasaan orang lain pun...
nak fikir kehendak hati dia ja...
fikirkan kepentingan diri dia....
time orang susah nak perlukan bantuan...
dipijak macam hanjengggg....
apa ko ingat kalau ko dah kaya ko bagus sangat ke??
kaya di dunia buat apa wei...
tak guna jadi ketua kalau takda hati perut dan perasaan....
ko ada ilmu agama... ko pakai.... bukan utk ko simpan....
ko tau tak sape golongan yang lambat masuk syurga n ambil masa lama untuk dihitung???
golongan ketua2 ni la yg lambat...
sebelum sempat kaki ko nak melangkah masuk Syurga (kalau ko dapat masuk la)....
akan ada anak-anak buah n pekerja ko yang akan pertikaikan apa yang ko dah buat...

ko ingat sket...
ko dah sakitkan adik aku....
ko tak fikir apa perasaan dia time dia mintak tolong ko....
ko ingat ko besar sangat ke???
skarang ni ko sebok nak ambik laki aku nak buat tolong ko...
ko ada otak tak weii???
kalau aku kata ko bangang pun ko layak la....
ko ingat pekerja2 ko tu kuli batak ke???
takda keluarga ke untuk dia jaga?????
ko fikir kesenangan ko ja...
sebab ko la keluarga aku terumbang ambing n bermasalah....

ko ingat weii...
doa orang yang teraniaya ni akan Tuhan makbulkan...
aku dah bnyk teraniaya sebab ko....
ko jgn ingat ko boleh lepas kat sini....
aku takkan berdendam dengan ko...
aku bukan org bodoh....

aku manusia biasa, makhluk TUhan macam ko...
aku serahkan segala balasdan untuk DIA yang balas....
aku takda hak utk balas semua tu...
DIA yang layak menilai apa yang berlaku....
aku harap ko tu fikir la perasaan orang lain sama k....
jangan ko ingat ko kaya ko boleh beli semua orang....
kaya ko tu takkan ada kalau Tuhan tak kurniakan ko REZEKI...
REZEKI ko tu guna la untuk membantu orang yang memerlukan...
bila2 masa ja DIA boleh tarik nikmat dia....

aku takkan ckap mcm ni kalau aku tak bengang....
ni aku dah bengang tahap maksima dah ni....
aku harap ko baca benda ni...
tak pun ko suruh orang2 ko baca benda ni...
supaya boleh sampaikan kat ko...
kalau ko nak jmpa aku pun...
aku tak takut....
ko manusia, aku manusia....
aku berani kerana aku cakap benda yang BENAR.....

Sungguh berat ujian memiliki harta! Sehingga pada suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Wahai orang Muhajirin yang miskin! Aku membawa berita baik iaitu cahaya yang sempurna pada hari perhitungan (Mahsyar) dan kamu akan memasuki syurga terlebih dulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini bersamaan dengan 500 tahun (hidup di dunia).” (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Said al-Khudri).

...........................................

Tuesday, August 23, 2011

Istimewa dari Suamiku~~


Dengarkanlah Wanita Pujaanku

Malam Ini Akan Kusampaikan

Hasrat Suci Kepadamu Dewiku

Dengarkanlah Kesungguhan Ini

Aku Ingin, Mempersuntingmu

Tuk Yang Pertama Dan Terakhir

Jangan Kau Tolak Dan Buatku Hancur

Ku Tak Akan Mengulang Tuk Meminta

Satu Keyakinan Hatiku Ini

Akulah Yang Terbaik Untukmu

Dengarkanlah Wanita Impianku

Malam Ini Akan Kusampaikan

Janji Suci Satu Untuk Selamanya

Dengarkanlah Kesungguhan Ini


Lagu istimewa untuk diriku... Ku hayatinya dan kufahaminya.... TQ 4 da beautiful song sayang.....

Tuesday, August 16, 2011

Pagi di Dalam KCU 8205....

hari ni macam biasa la...
lepas ja bangun sahur tak tidur...
terus prepare bubur nasi alya and barang-barang dia ke nursery...
dah siap semua naik atas gosok baju yudi n baju sendiri... tema hari ni merah ok syg...
bangun awal mcm mana pun bertolak dari rumah tetap la pukul 7.30 pagi... hmmm...
hehehee... dah takda solution kan syg??

alya macam biasa la diamm je dalam seat dia sambil merenung kat luar...
ntah apa la anak mama ni pk kan...
merenung masa depan ke sayang??
bila dah smpai dah antar alya so kitaorg pun terus la meredah jalan jem menuju ke tempat kerja masing2....

hobi kitaorg dlm kreta ni dengar radio Era... seronok dengar aznil, ray, n hanif duk membebel...
hehehehee.... so apa lagi...
hari ni topik dia kru Era beraya di rumah...
tapi kitaorg bukan fokus kat topik pagi tu...
kitaorg fokus nak jawap teka bunyi era....
hahahhaaa.... tangan dah ready dua hp nak dial...
nombor dah siap hafal dah...
yang yudi ni sebok suruh kol...
bila tanya nombor taktau... geram jaa...

sambil nak tunggu isyarat teka bunyi tu duk bersembang la...
teringat kisah mula2 naik kreta baru tu...
rasa kelakar bila kenang balik....
n nampak sedikit keciwian di siti... hahahaa....
kisah dia macam ni...

kereta dah siap... n excited nak pegi ambik la ni...
pastu dah amik kreta I yg drive... yudi drive jeep....
time tu hujan lebat...
takpe la drive la sambil dalam hati dok mengomen...
"kenapa la kreta ni sejuk sgt... mungkin kreta baru kot... takpe la drive je"
bila dah smpai rumah ckp la kat yudi...
"syg, kreta tu sejuk betul aircond dia kan.. ayg dah tukar temp dia tapi jadi lagi sejuk... ayang dah kurangkan pun"
yudi pun jawap....
"yeke... takpe japgi syg tutup kedai kita kuar jalan-jalan syg tgk k..."
dah siap kemas kedai malam tu apa lagi,.... ronda la dengan kreta baru....
masuk dalam kreta n dah get ready... so jalan la....
sambil dalam kreta tu yudi duk cuba la tukar2 temp aircond tu.... n dia pun ckp...
"a'ah la, mungkin kreta baru kot.. sejuk gile ni ayg..."
dah malas nak pk pasal sejuk tu so drive je la p mkn kfc kat jalan stadium....
siap bawak sweater sbb sejuk sgt... heheheee....
dah habis makan lalu balik la ke rumah...
otw nak balik tu....
"MANA TAK SEJUK KALAU BENDA NI DUK SAMPAI KAT SINI!!!!"
hhahahahahhaaaa..... sekali tempat pusing2 nak ejas temp tu duk kat tempat yang paling sejuk...
mana la tak beku.... hahahahahhahaaaa.... tergelak dua2 dengan ke'tttuuuuuuuuutttttt' masing2...

bila ingat balik rasa cam... Ya Allah... kenapa la jadi mcm tu...
hehehehehee.....

balik kepada dalam kereta....
masa yang ditunggu dah tiba....
TEKA BUNYI ERA.....
masuk ja isyarat... terus dial...
biasa la... NUMBER BUSY!!!
geram.... last2 tak dapat tembusi line...
takpe... esok semangat baru nak cuba ni... hehehee....

k la... nak mula kerja dah ni...
nanti kalau rasa bosan or ngantuk boleh la bercerita lagi....

Assalamualaikum.....

Thursday, August 11, 2011

My Workplace~~

Dah lama tak update blog ni....
Maklumla sibuk pindah ofis baru....
Banyak sangat benda yang nak kena siapkan....
Semua dokumen kena susun balik sebab dah berteraburrr....
Sabo je la...

Ok, nak cita sket pasal ofis baru....
Touch 'N Go baru saja memulakan operasi di ofis baru bermula 1 Ogos 2011 di Tower 6, Avenue 5 Bangsar South....

Kat sini ok la parking murah berbanding di Faber Tower dulu....
Tapi takde amik season parking pun....
Sebab tak rajin nak drive keta... Lebih prefer naik LRT Aliran Kelana Jaya...
Takde la dekat tapi kat sini ada shuttle dari ofis ke LRT... kira ok la tu kan... shuttle ni free je and available utk semua pekerja di The Horizon ni...
lagi satu nanti bila building Avenue 1 dah siap... jejantas ke plaza pantai pun boleh lalu....
so jalan kaki je la ke stesyen Kerinchi....


1 je tak best kat sini.... makanan dia mahal... hahhahaa....
nanti kompem akan rindu kat nasi ayam kukus di Faber Tower...
huhuhuhuh.... masih terasa sedapnya.. nak letak gambar pun takde...
takleh letak la time2 puasa ni....
nanti ada yang terliur... hahhahaa....
Tapi utk kemudahan para suri rumah beli barang dapur termasuklah saya....
kat sini ada carrefour.... tapi nak pi sini kena bawak beg sbb takde plastik ok... heheheee....


Ok dah la tu sikit2 cita pasal kawasan ofis...
meh kita tgk tempat keja pulak k...
hohohoh... kat bawah ni ada la sikit gambaq my cubicle...
sila la tgk k...





Tuesday, August 9, 2011

Wednesday, June 29, 2011

My Life, My Love: Nur Alya Zulaikha


Untuk shayang mama Alya... Anak mama dah besar, dah masuk 4 bulan lebih dah.... Alya sekarang makin pandai n cerdik...


Alya dah mula nak meniarap....
Tapi Alya tak pandai angkat kepala lagi... Kalau Alya pusing mesti kena ada yang tgk sebab takut Alya lemas.. Tapi anak mama ni sangat suka berusaha... Bagus la nak... When we want to achieve something, we have to keep on trying so that we can get what we want...



Alya,
Kalau Alya berak, tapi mama n ayah tak sedar....

Alya tak penah nangis...
Alya akan membebel smpai mama n ayah sedar....
Kalau time mama n ayah tido...
Alya tak nangis... Alya just menjerit sambil tendang mama suruh bangun...
Bagus la nak... Jangan mengamuk.....

Lepas ja mama tukar diapers, mesti Alya akan senyum kat mama...
Lagi satu, Alya mesti senyum kalau mama switch off aircond n buka kipas untuk Alya...
Mama tau Alya tak suka sejuk2...
Kalau Alya sejuk mesti Alya masuk bawah ketiak ayah....
Hehehhee.... Comel anak mama ni....

Alya budak baik...
Tiap malam mesti Alya nak tido kat dalam play pen Alya...
Tapi lepas pukul 12 tgh malam ja mesti Alya merengek atau buat apa saja yang boleh menarik perhatian mama n ayah supaya angkat Alya dari play pen Alya...
Sebab Alya nak tido tengah2 mama n ayah kan?
Hehehehe.... Pandai anak mama ni...
TQ sebab bagi peluang untuk mama n ayah berbincang sebelum tido...



Si comel mama....
Tak pernah mama mimpi untuk dapat anak sebaik n secomel Alya...
Tapi alhamdulillah....
Tuhan kurniakan mama cahaya mata yang istimewa ni....

Anak mama ni suka berjalan2 kan?
Kalau Alya tau mama n ayah nak bawak Alya keluar, mesti Alya takkan tidor selagi tak keluar...
Mata tu sampai merah tunggu nak keluar....
Bila dah masuk dalam kereta baru Alya nak tidor...
Ikut perangai mama n ayah ke sayang??

Alya....
Nanti mama coretkan lagi kisah Alya k....
Ni mama selitkan gambar-gambar Alya, mama n ayah k....
Mama n ayah sayangkan Alya...
Permata Hati Kami....


Ni time kita jalan-jalan di KLCC, time ni mama pegi GLC Open Day sebab nak cari kerja sambil jalan-jalan.... Time ni Alya baru lepas mandi dalam sink di KLCC... best kan sayang??? hehehee....


Ni Alya tengah melepak kat dalam bilik.......


Gambar ni la mama paling suka... Alya comellll sangat...... Alya pantang nampak hp mama mesti nak posing kan??? hhehee...


 

The Journey of My Life Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting